UMUM

Pelanggan perlu memberi maklumat peribadi yang benar, tepat, terkini dan lengkap dalam semua aspek dan mengemaskini segala maklumat yang berkaitan setiap masa sekiranya terdapat sebarang perubahan dengan memaklumkan kepada kami melalui e-mel.
Pelanggan hendaklah melebihi umur 18 tahun semasa membuat pembelian, dan mempunyai akaun perbankan internet (online banking) yang sah yang didaftarkan di bank dan sebarang platform pembayaran yang diterima oleh pihak kami seperti e-wallet; touch n’Go wallet, Boost Wallet, GrabPay, ShopeePay, Maybank QRPay dan WechatPay.
Dengan menggunakan Laman Web www.sajiandhidang.co ini, pelanggan bersetuju untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat ini. Kami berhak untuk membuat pindaan terhadap terma-terma dan syarat-syarat ini dari masa ke masa tanpa memberi sebarang notis pendahuluan. Pindaan yang dibuat akan berkuat kuasa serta-merta setelah ianya dipamerkan di laman web. Dengan menggunakan laman web ini, pelanggan menyatakan persetujuan anda untuk terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat yang telah dipinda.

TEMPAHAN

Semua pesanan adalah tertakluk kepada pesanan dan stok yang ada. Produk dalam troli pembelian dalam talian tidak terpelihara dan selain itu,
produk boleh dibeli oleh pelanggan lain sehingga produk telah dibuat pembayaran.

BAYARAN

Pembayaran boleh dibuat dengan perbankan internet (Online Banking) FPX, dan apa-apa kaedah lain yang telah dinyatakan dengan jelas di
laman web kami dari semasa ke semasa. Pelanggan mengesahkan akaun perbankan internet yang digunakan adalah milik pelanggan atau pelanggan telah dibenarkan secara khusus oleh pemilik untuk menggunakannya.
Kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk mengesahkan keselamatan laman web yang dilayari oleh pelanggan. Semua transaksi
perbankan dalam talian akan diproses menggunakan BillPlz dan sebarang transaksi pembayaran yang dibenarkan oleh pihak kami, Ia merupakan Payment Gateway yang patuh kepada menyulitkan maklumat pelanggan dalam persekitaran hos yang selamat.
Selain itu, kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk menjaga keselamatan butiran pesanan dan pembayaran dibuat oleh pelanggan, tetapi jika tiada kecuaian di pihak kami, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang mungkin ditanggung jika pihak ketiga memperoleh akses tanpa kebenaran daripada mana-mana tarikh semasa pelanggan mengakses atau membuat pesanan daripada laman web kami.

PENGAMBILAN

Jika anda memilih untuk mengambil sendiri (self-pick-up) di Wisma Sajian d-Hidang pada hari pengagihan 9 April 2024 (SELASA), anda perlu memilih slot masa untuk hadir pada hari tersebut. Sebarang kelewatan dan ketidakhadiran anda pada slot yang dipilih akan ditunda pada slot yang terakhir. Sila hadir pada slot yang telah dipilih dan ditetapkan.

PENGHANTARAN

Sila ambil perhatian bahawa kami akan memproses dan menghantar semua pesanan pada 9 April 2024 (SELASA), bermula jam 11 pagi hingga 6 petang. Anggaran masa penghantaran yang disediakan adalah untuk digunakan sebagai panduan sahaja. Kami tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa kelewatan yang disebabkan oleh kesesakan lalu lintas dan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Pihak kami akan melantik sebuah syarikat penghantaran melakukan proses penghantaran kepada anda.

MAKLUMAT PRODUK

Kami tidak menjamin bahawa produk, kuantiti dan warna akan kelihatan sama seperti apa yang dipaparkan dalam laman sesawang kerana terdapat faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan ketara dari segi warna, saiz dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, kami berusaha untuk menberikan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai produk di laman sesawang kami. Gambar yang dipaparkan adalah tujuan pemasaran sahaja, kuantiti dan saiz mungkin berbeza. Pelanggan boleh menghubungi kami untuk pertanyaan bagi produk di laman sesawang.

TEMPAHAN PRE-ORDER

Apabila membuat Pra-Pesanan untuk Produk kami, anda akan dikehendaki memberikan maklumat tertentu, seperti alamat dan maklumat pengebilan anda. Anda mewakili dan menjamin bahawa semua maklumat tersebut adalah tepat, dan anda hendaklah memastikan bahawa maklumat tersebut sentiasa terkini.
Sajian d-Hidang tidak akan bertanggungjawab atau berliabiliti untuk maklumat tidak tepat atau maklumat yang kemudiannya menjadi lapuk, dan tidak mempunyai kewajipan untuk berusaha untuk menentukan maklumat hubungan atau penghantaran yang betul. Anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa sebelum produk anda dihantar dengan menghubungi talian telefon atau menghantar e-mel kepada munjungraya@gmail.com.
Anda mengakui dan bersetuju bahawa Sajian d-Hidang boleh menolak atau menangguhkan tempahan untuk mengelakkan lebihan langganan atau yang difikirkan sesuai, dengan syarat kami akan berusaha untuk memaklumkan anda dalam masa tiga (3) hari selepas kami menerima Pra-Pesanan anda, dan bahawa anda akan layak mendapat bayaran balik penuh bagi Harga pembelian.

SURAT BERITA (NEWSLETTER)

Pelanggan bersetuju bahawa kami akan menghantar surat berita mengenai berita / produk / promosi terkini melalui e-mel kepada pelanggan.

MAKLUMAT YANG TELAH DIKEMASKINI

Maklumat di laman sesawang ini termasuk Maklumat Penghantaran, penukaran dan penambahan tertakluk kepada perubahan dari masa ke
semasa dan tanpa notis terlebih dahulu. Pelanggan diminta menyemak dengan kerap untuk mendapatkan kemas kini terkini.

KETIDAKTEPATAN MAKLUMAT

Maklumat yang dipaparkan di laman web kami mengandungi kesilapan tipografi, ketinggalan, atau ketidaktepatan yang mungkin berkaitan dengan harga produk, spesifikasi atau apa-apa kandungan am yang lain. Dalam kes sedemikian, kami tidak akan bertanggungjawab atas kecuaian tersebut. Maklumat yang dipaparkan di Laman kami sering diperiksa untuk ketepatan dengan meminimumkan dan mengelakkan kesilapan sedemikian.

PERUBAHAN POLISI PRIVASI

Sajian d-Hidang akan mengemas kini dasar privasi ini dari semasa ke semasa. Kami akan memberitahu pelanggan tentang sebarang perubahan dengan menyiarkan dasar privasi di www.sajiandhidang.co. Pelanggan dinasihatkan untuk menyemak dasar privasi ini secara berkala untuk sebarang perubahan

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai dasar ini, anda boleh menghubungi kami di talian berikut;

Phone: +60199897273

Postal address: No 37-1, Jalan Tukul P15/P, Seksyen 15 40200, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan